Monday, June 14, 2010

Selamat Datang!


Selamat datang ke blog Kuasa Pengguna!
Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat tentang pengguna.
Semoga anda dapat memanfaatkan ilmu yang dibekalkan dengan bijak.
Dan ingat, Jadilah pengguna yang Bijak, bukan diPijak!

***Jangan sia-sia kan kunjungan anda di blog ni***

Sekiranya anda amat gemar minum air berkarbonat Coca-Cola, cuba baca bahagian "Keburukan makanan dan minuman ringan"...selidik la page tu betul-betul.Kerana Coca-Cola mengandungi pelbagai bahan yang merbahaya kepada kesihatan.

Di bahagian "Makanan Haram", tambahkan lagi ilmu anda dengan hal-hal yang berkaitan Halal-Haram yang dibenarkan dalam islam dan tidak dibenarkan.

"Anda adalah seorang insan yang berharga, gunakan hak anda sebaik-baiknya sebagai seorang pengguna."
"Janganlah mudah terpedaya dengan tindak-tanduk pengeluar."

Gunakanlah kesempatan ini dengan sebaik-baiknya.

Sekian, terima kasih kerana berkunjung ke blog ni.

Definisi Pengguna dan Konsumerisme

Berikut adalah definisi pengguna dan konsumerisme :

Pengguna
  • Individu atau sesiapa yang menggunakan barang, perkhidmatan atau sumber alam semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. 
    Konsumerisme
    • ‘ Kepenggunaan’ – segala kegiatan yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjaga hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna.

          Siapakah Pengguna Yang Bijak?


          "Pengguna yang bijak" adalah pengguna yang dapat menguruskan perbelanjaannya dengan bijak dan menyedari haknya sebagai pengguna serta bertindak dengan bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan dengan jual-beli.


          Tema blog ini adalah "Jadilah Pengguna Yang Bijak, Bukan Dipijak".Maksud "pengguna yang bijak" boleh dirujuk di atas manakala maksud bagi ''...bukan dipijak" pula ialah pengguna yang ditindas, cuai, dipergunakan dan sering tertipu dengan helah penjual.

          Setiap pengguna perlu menitikberatkan tentang haknya sebagai pengguna dan menjaga hak tersebut agar tidak ditindas oleh pengeluar yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik
          .

          Disebabkan oleh itu, sebagai pengguna kita hendaklah sentiasa berwaspada dengan helah pengeluar yang berbagai corak supaya tidak tergolong dalam pengguna yang cuai dan mengabaikan tanggungjawab sendiri.




          Apakah yang dimaksudkan dengan 1 Pengguna 1 Suara


          1 Pengguna - Bermaksud pengguna perlu bertindak secara bersepadu dalam satu masyarakat pengguna yang kuat dan membentuk 'satu pengguna' yang bergerak secara efektif dan mewakili satu golongan yang kuat dan disegani.


          1 Suara - Bermaksud setiap pengguna perlu bertindak secara bersepadu untuk menegakkan amalan dan nilai kepenggunaan yang bersifat sejagat.

          Tanggungjawab Pengguna

          Tanggungjawab Pengguna merangkumi dua aspek iaitu terhadap diri sendiri dan terhadap masyarakat.

          Tanggungjawab terhadap diri sendiri
          • Menyediakan belanjawan diri
          • Membeli secara rasional dan bijak
          • Penglibatan dan tindakan
          • Kesedaran mengkritik
           Tanggungjawab terhadap masyarakat
          • Bersatu padu dan bekerjasama
          • Tanggungjawab sosial
          • Menjaga alam sekitar dan sumber alam semula jadi
           Tanggungjawab Pengeluar kepada Pengguna
          • Harga yang berpatutan
          • Kuantiti yang tepat
          • Produk yang berkualiti
          • Selamat digunakan
          • Maklumat yang tepat
          • Mesra alam 
          Tujuan dan Kepentingan Menjaga Hak Sebagai Pengguna
          • Menjadi individu bermaklumat
          • Menjadi pengguna yang tidak mudah ditipu
          • Menjadi ahli masyarakat yang bersatu padu dan berwibawa
          • Tidak berlaku penyelewengan oleh pengeluar