Di ruangan ini, saya akan memaparkan tentang hak-hak yang ada pada semua pengguna.Pengguna sebenarnya boleh menggunakan hak dengan sepenuhnya, cuma terletak pada diri sendiri sekiranya mahu bertindak ataupun tidak.Hal ini kerana masih terdapat ramai lagi pengguna yang bersifat tidak ambil peduli tentang hal ini.
Contohnya dapat dilihat dalam situasi dibawah.
"Azib telah bercadang untuk membeli pendrive di sebuah kedai komputer berdekatan dengan tempat tinggalnya."
Apabila tiba di kedai tersebut.......
Azib seperti dipaksa untuk membeli pendrive tersebut apabila semua soalan yang ditanya oleh Azib tidak dijawab malah yang diberitahu oleh penjual tersebut hanyalah tentang kebaikan pendrive tersebut.
Situasi ini menunjukkan bahawa Azib tidak dapat membuat pilihan dengan baik dan mendapat maklumat yang mencukupi.
Selepas menggunakannya selama beberapa hari, pendrive tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik seperti yang dinyatakan oleh penjual di kedai tersebut.
Situasi ini menunjukkan bahawa Azib telahpun ditipu oleh penjual tersebut.
Pendrive tersebut juga cepat panas walapun baru digunakan selama beberapa minit.
Situasi ini menunjukkan bahawa produk yang dijual tidak selamat digunakan.
Tanpa membuang masa, Azib terus bergegas ke kedai tersebut untuk menukar Pendrive nya yang rosak itu kepada yang baru.Azib berasa amat kecewa apabila penjual tersebut tidak mahu melakukan demikian dan hanya akan melakukannya sekiranya Azib membayar wang tambahan.
Situasi ini menunjukkan bahawa Azib tidak mendapat ganti rugi yang sepatutnya.
Kesemua situasi yang dihadapi oleh Azib ialah :
- tidak dapat membuat pilihan dengan baik
- tidak diberi maklumat yang mencukupi
- ditipu oleh penjual
- produk yang dijual tidak selamat
- tidak mendapat ganti rugi yang sepatutnya
Situasi ini sering berlaku di kalangan masyarakat, oleh itu kita hendaklah segera bertindak dengan berubah menjadi seorang yang lebih berpengetahuan tentang hak sebagai seorang pengguna.
Terdapat Lapan Hak Pengguna yang perlu difahami antaranya :
Hak membuat pilihan
- Pengguna perlu diberi kebebasan untuk memilih dan menentukan barang atau perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperoleh.Hak bersuara
Hak mendapat ganti rugi
- Pengguna mempunyai hak menuntut ganti rugi daripada penjual jika diberi barangan dan perkhidmatan yang rosak, busuk, tidak bermutu dan luput tarikh.Hak mendapat pendidikan kepenggunaan
- Pengguna perlu diberi panduan untuk mengetahui hak mereka.Pendidikan kepenggunaan juga membolehkan pengguna menjadi lebih rasional dan bijak .Pendidikan pengguna boleh diperolah melalui bengkel, media massa, pameran atau seminar, dan ceramah.Buletin pengguna merupakan salah satu contoh media massaHak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat
- Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam suatu alam sekitar yang bersih , berudara nyaman, dan bebas daripada sebarang ancaman yang memudaratkan kesihatan serta tidak mengganggu ketenangan jiwa. Hak mendapat keperluan asas
- Keperluan asas yang dimaksudkan adalah seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal.Hak mendapat keselamatan
- Pengguna berhak untuk mendapat jaminan bahawa barang dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan penggunaHak mendapat maklumat
- Pengguna berhak diberi maklumat yang mencukupi dan tepat berkaitan barang dan perkhidmatan yang hendak dibeli bagi memudahkannya membuat keputusan yang bijak.
Maklumat yang perlu dipamerkan pada label sesuatu barang ialah nama pengeluar, jenama, tanda harga, berat, kuantiti, kandungan, dan juga tarikh luput.
Pengguna berhak dilindungi daripada maklumat palsu dalam pengiklanan, pelabelan, dan amalan lain.
0 comments:
Post a Comment