Makanan Haram?



"Jadilah seorang pengguna yang prihatin"


Di ruangan ini, saya akan memberikan sedikit maklumat,(tak banyak pun) tentang makanan haram yang tidak sepatutnya diambil oleh umat islam.Terdapat banyak juga makanan haram yang tidak kita ketahui.
Baru-baru ini seluruh rakyat (bukan semua) berikhtiar untuk boikot barangan israil seperti Colgate, Coca-cola dan lain-lain lagi.Namun, sekarang perkara tersebut tidak lagi menjadi ikutan orang ramai di Malaysia.Ramai lagi diantara mereka yang membeli produk berus gigi Colgate, minum Coca-cola, dan lain-lain lagi.



Semua maklumat/fakta  yang akan saya berikan di bawah ini entahlah sahih atau tidak, sekurang-kurangnya bolehlah dijadikan panduan.Kalau nak percaya...percaya ya lah..kalau tak mahu masalah sendiri.Setiap pengguna mempunyai haknya sendiri.Jadi pandai-pandai lah ketika memilih sesuatu produk.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengungkap rahsia disebalik persoalan ini.

COLGATE
Colgate ialah keluaran dari negara luar seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Sebabnya berus gigi yang digunakan oleh orang ramai ini haram adalah kerana
ia mengandungi campuran lemak babi!Jadi kalau pergi ke kedai tu, ingatlah....carilah ubat gigi yang halal sah dari jakim.Kalau tak tahu juga logo halal tu macam mana....tengok lah dekat bahagian
sedebar di sebelah kanan blog ni.



AJI NO MOTO
Aji No Moto juga adalah keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Apa yang haramnya?

Aji no moto ni ada bercampur dengan lemak babi..tak cukup lagi dengan lemak babi....disahkan pula oleh doktor mengandungi MSG(MonoSodiumGlutamate)

Apa bahayanya MonoSodiumGlutamate ni?

 La......kalau dah ada MSG berlebihan..ia boleh mereputkan daging dan menggugurkan rambut
dgn cepat.Dah la daging makin reput, rambut pula gugur!Bagaimanapun, kalau dah produk ni sedap sangat...tak boleh tinggal walaupun sehari....produk Aji No Moto ni ada juga yang halal.Aji No Moto keluaran Jln Kuchai Lama (Malaysia) telah disahkan bebas dari lemak babi.Selamat!Nasib baik ada juga yang halal.


COKLAT.
Siapalah yang tidak sukakan coklat.Dah la sedap.....manis...masam pun ada.
Tapi kalau nak makan tu hati-hati la sikit.Jangan tau nak makan ya.Tengok dulu samada ia keluaran Malaysia ataupun luar.

Kenapa kena buat macam tu?

Sebab.....semua coklat yang diimpot dari luar negara mengandungi lemak babi atau pun sekurang-kurangnya mengandungi lemak binatang yang amat diragui.Lagi-lagi lemak babi...tak ada benda lain dah.Kalau pergi ke kedai mana-mana pun, alert sikit kalau-kalau pada luar bungkusan pek coklat ada menunjukkan kod produk, KOD164, sah memang ada lemak babi, jangan beli pula..apatah lagi makan!

FISHCAKE, FISHBALL, MEE dan KOTEOW BASAH

Keempat-empat makanan di atas ni memang sedap!Tapi sedap-sedap pun kenalah berwaspada sama.
Ada lagi campuran benda yang sama....Lemak Babi!Tapi bukan semua, cuma produk selain islam sahaja.


Lagi-lagi yang tu, apa yang bagus sangat dengan lemak babi tu?

Lemak babi tu boleh membuatkan sesuatu produk itu tahan lama, tu lah jawapannya.


ROTI HIGH 5 ( HIGH FIVE )

Roti High 5...haram juga!
Hey..kenapa roti ni pun haram?
Haram sebab...... mengandugi/dicampur/diproses dari ragi babi.
Dulu ada pernah sekali, dalam surat khabar ada berita tentang haramnya roti High 5.Lepas tu....jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali!

Macam mana boleh tahu yang High 5 ni haram?

Disebabkan perasaan iri hati dengan pencapaian/kejayaan Gardenia yang melonjak itu, orang-orang dalaman High 5 sendiri yang mengaku.

Betulkah Gardenia Haram???...dah la selalu makan, kalau tak 5 keping sehari tak sah!Macam mana nie??!!
Bacalah kalau nak tahu maklumat lanjut...

Punca iri hati ini disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardenia adalah orang Melayu yg
amat peka dengan sensitiviti umat Islam mengenai pemakanan halal/haram.
Saham-saham besar Gardenia yang dikatakan bercampur dengan bisnes babi tidak membabitkan negara Malaysia.Produk keluaran Gardenia diproses berlandaskan prinsip Islam ISI 2020 yangdigariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam (RISIS).Ini disahkan olehSetiausaha PPIM Dr.Maamor Osman.Gardenia disahkan bebas dari campuran lemak babi.




COCA COLA
Masyaallah.....jangan la sesekali menyokong Coca-Cola.Minuman ni sudahlah tak memberi apa-apa manfaat kepada kesihatan, malah mengakibatkan penyakit.
Coca-Cola adalah jenama minuman yang mempunyai agendanya yang tersendiri.Lebih-lebih lagi agenda menghina Umat Islam.


Hah????betulkaa......

Kalau nak tahu sebab tak tahu la kan, tulisan Coca Cola itu jika dibelah dua dari bahagian belakangnya maka tulisannya boleh dibaca dan akan membawa maksud (Tiada Allah Tiada Muhammad).

Tak percaya?....beli Coca-Cola kat mana-mana kedai, lepas tu cuba tengok sendiri.Tengok saja.....jangan terasa nak minum pula.(Untuk maklumat lanjut tentang keburukan minuman COca-Cola, sile rujuk di bahagian "Keburukan Makanan Dan Minuman Ringan" dekat sidebar sebelah kanan.

SARDIN TIN MERAH
Arrrhhhh.....Kuah Sardin ini dibuat dari campuran siput babi!!!Nasib baik tak sentuh.




KENTUCKY FRIED CHICKEN
Sedap sehingga menjilat jari!!!!!!!!???tak hallal??!!!
Kenapa pula KFC dikatakan tidak halal?

Apa yang meragukan dalam kes KFC ini ialah cara sembelihan ayam itu sendiri.
Seorang petugas menyembelih di KFC mengakui bahawa bacaan semasa sembelih hanya dibaca pada permulaan sahaja manakala yang lain-lain nya tidak sempat kerana ribuan ekor lagi menunggu/berpusing untuk disembelih.


Kita tidak dapat berbuat apa-apa dengan masalah KFC ini kerana ia mendapat kelulusan penuh pihak Pejabat Agama. Tetapi perkara yang mendatangkan was-was elok lah kita tinggalkan.Hal ini untuk kebaikan kita juga supaya tidak terambil makanan yang haram.Keadaan ini sama lah juga dengan ayam yang kita beli dan lihat sendiri sembelihannya dimana-mana pasar.Sekiranya kita beli 10 ekor ayam dan selepas disembelih ayam-ayam tadi dihumban kedalam sebuah bekas/raga.Persoalannya bagaimanakah cara 10 ekor ayam itu mati. Sah ayam itu mati akibat tertindih lemas sesama mereka dan bukan menggelupur sendirian. Mati lemas ini disahkan tidak halal kerana mati katak.



Berikut adalah sedikit catatan tentang penemuan KFC.

Nama : Harland Sanders
Dilahirkan pada : 9 September 1890
Tempat lahire : Henryville, Indiana
Meninggal pada : 16 December 1980 akibat Leukimia iaitu penyakit dimana sel darah putih berlebihan.




Harland Sanders lah sebenarnya yang mencipta Kentucky Fried Chicken, temanya 'sedap sehingga menjilat jari' telah menjadi makanan segera yang diminati ramai pada 1960-an.Sanders sudah berusia 40 tahun ketika dia mula memasak ayam untuk pelanggan di restorannya di Corbin, Kentucky. Menurut biografi syarikat nya, "Selama sembilan tahun berikutnya, barulah dia dapat menyempurnakan rahsia campuran dari 11 ramuan, rempah dan teknik memasak asas yang masih digunakan sehingga ke hari ini."

Sanders menjadi terkenal di negara asalnya, tetapi ia mengambil masa selama 20 tahun untuk menjadikan  Restoran Kentucky Fried Chicken terkenal di seluruh negera....

0 comments:

Post a Comment