Panduan Membeli dengan Bijak


Mengapa Anda Membeli?

Apabila kita pergi ke kedai tanpa sebarang perancangan ataupun tujuan, kita kerap membuat pembelian secara tergesa-gesa atau tanpa dirancang.Adalah penting bagi kita merancang setiap pembelian.

Sebelum anda membeli barangan, anda seharusnya menyemak perkara-perkara berikut:

1.Sudahkah anda mempunyai barang itu?

- Anda tidak mempunyainya
- Anda mempunyainya tetapi ingin menukarnya
- Anda sudah mempunyainya tetapi ingin memiliki yang baru

2.Adakah anda mempunyai barangan lain yang boleh menjadi penggantinya?

- Tidak
- Ya, tetapi yang ini lebih baik
- Ya

3.Adakah anda sanggup tidak membeli barangan itu?

- Tidak
- Ya, tetapi barangan itu lebih baik
- Ya

4.Perlukah anda membelinya sekarang?

- Sekarang lebih baik (memanfaatkan)
- Bila-bila masa pun boleh
- Adalah mahal untuk membeli sekarang

5.Adakah anda mampu membelinya?

- Mampu membayar secara tunai
- Mampu membayar secara ansuran bulanan
- Anda perlu mengorbankan perkara-perkara lain, untuk membolehkan anda
 mendapatkan baranagan ini


Panduan Membeli Belah

Persoalan penting sebelum membeli belah.

1.Mengapa - Asas untuk mwmbuat keputusan mebeli

2.Apa - Barangan atau perkhidmatan

3.Jenis barangan - Jenama apa dan siapa membuat

4.Bila - Hujung minggu, hujung bulan, jualan tawaran sekarang

5.Di mana - Pasaraya, gedungraya, kedai khusus

6.Bagaimana - Tunai, pinjaman, hutang, bayaran bulanan.

7.Berapa banyak - Kuantiti, bilangan, harga


Anda Perlu Ingat

- Kita perlu menyemak serta meneliti kualiti barangan

- Kita jangan tertarik dengan barangan dan tawaran harga yang rendah sahaja

- Kita seharusnya menyoal, "Mengapakah harga yang ditawarkan begitu rendah dan menarik"

- Kita sepatutnya membeli barangan yang mempunyai kualiti yang baik dan harganya berpatutan

Dengan membuat perbandingan dari segi harga, kegunaan dan kualiti barangan akan
membantu kita membuat pembelian yang terbaik.

Panduan Membeli Belah 

- Tentukan keutamaan dalam pelan perbelanjaan anda
- Bagi barangan yang tahan lama, buat penelitian mengenai kualiti, harga dan kegunaan.
- Bagi makanan, beli pada musimnya kerana ia segar dan penuh khasiat contohnya seperti buah-buahan
- Beli barangan yang mempunyai tanda harga
- Jangan terkeliru dengan pembungkusan atau katalog barangan yang cantik atau baik:tidak semestinya
 barangan yang diiklankan itu baik
- Baca dengan teliti tanda harga, maklumat pada label mengenai kandungan, cara penggunaan, tarikh luput,
 bahaya serta langkah keselamatan dan jaminan (warranti)
- Berhati-hati dengan berat atau isipadu sebenar.
- Pilih barangan dari kedai yang harganya berpatutan
- Beli secara tunai, dimana boleh
- Mengadu kepada pekedai jika anda menghadapi masalah mengenai barangan yang dibeli,Adukan
juga kepada Persatuan Pengguna atau pihak berkuasa (Kerajaan), jika perlu dengan membekalkan keterangan yang sahih.


Peringatan Barangan Yang Baik

- Tidak semestinya mahal
- Tidak semestinya barang import
- Tidak semestinya cantik pembungkusannya
- Tidak semestinya terkenal jenamanya
- Tidak semestinya kerap diiklankan
- Tidak sukar dibeli jika anda bertindak sebagai pembeli yang bijak

Perbandingan Harga dan Kualiti

Semasa anda membeli belah, pastikan anda tidak tergesa-gesa semada membeli sesuatu barang.
Sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan berjenama tertentu, bandingkan
kualiti dan harganya dengan kualiti dan harga jenama lain juga.

Beberapa Panduan Untuk Memilih Barangan 

Apabila anda mempunyai peluang untuk membuat pilihan, anda biasanya akan membuat perbandingan dari segi hargaterlebih dahulu.Tetapi membuat perbandingan harga bukanlah tugas yang semudah itu.Sebagai
misalan, katakanlah anda ingin membeli syampu di pasaraya.

Anda mungkin memilirkan bahawa botol yang lebih besar adalah lebih ekonomi berbanding dengan saiz kecil
tetapi adakahj anda pasti perkara ini benar?Kadang-kadang saiz botol yang kecil adalah lebih ekonomi berbanding dengan saiz
botol yang lebih besar.Jadi bagaimana  anda membandingkan barangan yang sama tetapi mempunyai isipadu yang berbeza?

Anda perlu mengambil perhatian mengenai harga seunit (Unit price).Harga seunit merupakan
asas yang baik untuk membuat antara barangan.

Misalnya harga sos tomato ditentukan berdasarkan harga bagi setiap 100ml.

Dengan merujuk kepada harga seunit, anda dengan mudah dapat membandingkan harga walau apa pun saiz dan rekabentuk
pembungkusan sos tomato berkenaan.Harga seunit adalah satu cara yang berkesan yang dapat membantu pengguna untuk membandingkan harga
apabila terdapatpelbagai saiz dan pembungkusan yang berbeza.Semasa membuat perbandingan harga berdasarkan harga seunit, anda juga perlu membuat perbandingan dari segi kualiti barangan berkenaan.Dalam erti kata lain, anda perlu mendapatkan maklumat lain mengenai
barangan, membuat perbandingan dan membuat penilaian ke atas setiap alternatif yang ada.