Penyelewengan Yang Dilakukan Oleh Pengeluar


Terdapat pelbagai bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh pengeluar, antaranya ialah.


Harga barang yang tidak menentu
Pada musim perayaan peniaga sering mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang.Harga barangan juga sering dinaikkan oleh pengeluar apabila kerajaan mengumumkan kenaikkan gaji pekerja.

Kegiatan menyorok barang

Apabila bekalan pasaran berkurangan, harga barang akan meningkat.Keadaan ini akan menggalakkan pengeluar menyorok barang supaya bekalan barangan berkurangan dan harga barang akan dinaikkan.

Barang yang berkualiti rendah

Pengeluar kerap kali menggunakan bahan mentah yang bermutu rendah.Terdapat juga di kalangan pengeluar yang menjual barang tiruan dengan harga yang sama dengan harga barangan asli.Contohnya seperti CD cetak rompak yang disalin daripada CD yang asli tetapi dengan menggunakan bahan yang berkualiti murah dan cepat rosak dengan harga yang berkali ganda lebih murah daripada harga asal.

Barangan yang membahayakan pengguna
Terdapat pengeluar yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan keselamatan pengguna.
Ada juga pengelur yang mengeluarkan barang yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan pengguna.Contohnya barang yang cepat panas, barangan yang menggunakan tenaga elektrik yang lebih daripada yang sepatutnya, dan makanan yang mengandungi bahan kimia yang berlebihan.

Timbangan dan sukatan yang tidak tepat

Teknik pembungkusan yang menarik dan label makanan yang lengkap sering digunakan sebagai alasan oleh pengeluar untuk mengurangkan sukatan atau kandunganya.Walapun pada masa kini kerajaan mewajibkan semua alat timbangan yang khas dan piawai, ada juga pengeluar yang tidak menggunakan alat timbangan tersebut.

Maklumat yang mengelirukan

Maklumat yang dinyatakan dalam katalog sering menimbulkan kekeliruan terhadap pengguna.
Iklan-iklan yang menampilkan model-model yang cantik juga sering membuat pengguna keliru dan tertarik.




0 comments:

Post a Comment