Tahukah Anda?




Tahukah anda?Apakah yang patut diletakkan pada setiap produk.


1.Tarikh luput, tarikh pembuat/pengilang mesti diletakkan pada produk.

2.Logo halal haruslah dipastikan kesahihannya daripada JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri.

3.Tempat asal produk termasuk nama pengilang, pengimport, pengedar, nombor model/stok ataupun penerangan, tanda perniagaan dan Negara asal hendaklahdisertakan.

4.Nutrisi atau keterangan khusus seperti senarai dan nisbah bahan-bahan kandungan, harga seunit, penggunaan tenaga (barangan elektrik) dan khasiat bahankandungan seperti nilai pemakanan yang menunjukkan kandungan utama dan peratusannya.

5.Nama produk atau nama sebutan sebenar produk hendaklah dipaparkan.

Berikut adalah contoh gambar rajah.

Pengajaran Yang Boleh Diperolehi
Pengguna perlu diberi fakta-fakta yang tepat serta maklumat yang cukup bagi membolehkan mereka membuat pembelian secara bijak. Dengan adanya maklumat dan fakta yang lengkap, pengguna akan dilindungi daripada amalan perniagaan yang menyeleweng dan tidak beretika. Maklumat yang diberikan kepada pengguna bergantung kepada perkara-perkara seperti berikut :-
A)Benar dan tepat – maklumat hendaklah relevan, benar dan tepat dengan produk.
B)Boleh diterima – maklumat mesti mempunyai kesahihan dan kredibiliti.
C)Boleh difahami – penyampaian maklumat hendaklah mudah difahami dan tidak menyelirukan.
D)Nyata – cara pelabelan dan ukurannya hendaklah berpatutan supaya mudah dibaca.

"Sebagai seorang pengguna yang bijak, kita hendaklah mempunyai pengetahuan tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkhidmatan, barangan ataupun produk.



Tahukah Anda?Kebaikan dan Keburukan Penggunaan Headphone


Headphone adalah suatu peralatan teknologi yang membolehkan seseorang mendengar muzik tanpa menggangu ketenteraman orang lain.Malah, penggunaan Headphone juga ada keburukannya juga, sekiranya berlaku apa-apa kecemasan seperti kebakaran, kita tidak dapat mendengar suasana persekitaran.Penggunaan Headphone begitu meluas sekali, terutamanya remaja yang gemar mendengar lagu dengan menggunakan Mp3 ataupun melalui telefon bimbit.Headphone tidak memerlukan bateri ataupun caj seperti yang digunakan oleh speaker (pembesar suara).Sekiranya anda ingin mendengar lagu sambil berjalan-jalan atau berjoging, lebih baik sekiranya anda menggunakan headphone ataupun earphone.Memang tidak sesuai langsung sekiranya menggunakan speaker.Speaker bersaiz besar/berat dan memerlukan tenaga elektrik yang banyak.


Headphone juga amat berguna sekiranya anda seorang pelajar yang memerlukan privasi dan ketenteraman untuk mengulangkaji pelajaran.Kenapa pula?Sebab dengan mendengar muzik, ia dapat membantu seseorang supaya lebih fokus terhadap sesuatu.Hal ini dapat membantu agar tugasan dapat disiapkan dengan lebih cepat dan efisyien tanpa gangguan persekitaran yang bising.


Penggunaan Headphone ada kesan sampingannya.Telinga manusia hanya boleh mendengar sekitar 20 Hz hingga 20000 Hz (20 kHz).Jadi, sekiranya anda mendengar muzik dengan kuat dan terlalu lama, ia boleh mengakibatkan kehilangan pendengaran.



Tahukah Anda?Kebaikan dan keburukan membeli secara kredit.


Membeli secara kredit merupakan salah satu kaedah pembayaran yang disediakan dalam urus niaga pada masa ini.Kaedah urus niaga ini tidak melibatkan wang tunai.Sebaliknya ia dibayar sama ada menggunakan kad kredit, kad debbit atau pembayaran secara ansuran bulanan.


Mengapakah orang suka membeli secara kredit?


Berikut adalah diantara kebaikan dan keburukan membeli secara kredit untuk panduan pengguna.


Kebaikan


- membayar barangan dan perkhidmatan dengan tidak menggunakan wang tunai
- mengambil kesempatan ke atas diskaun jualan atau belian secara pukal
- mengatasi masalah kewangan secara sementara
- mencuba sesuatu barangan atau perkhidmatan tanpa bayaran tunai
- menggunakan wang tunai untuk sesuatu tujuan yang lebih perlu
- menggabungkan hutang-hutang kecil kepada satu hutang sahaja
- salah satu kaedah untuk merangsang "ekonomi negara"
- melindungi sesuatu pembelian yang berkemungkinan satu penipuan


Keburukan


- menghapuskan perbandingan harga 
- kurang tumpuan kepada kemahiran menawar harga
- wujudnya kontrak dan syarat kredit yang sukar difahami
- ramai yang tidak mengetahui kadar faedah atau bunga serta yuran tertentu yang dikenakan
- tidak dapat membandingkan harga kredit dn tawar menawar dengan pemberi kredit
- barangan yang dibeli terpaksa ditarik balik kerana gagal menjelaskan ansuran
- menggalakkan pembelian mengikut nafsu dan naluri
- harga barangan berlipat kali ganda apabila dicampurkan dengan kadar faedah
- pendapatan akan datang terjejas kerana menjelaskan bayaran barangan yang telah dibeli
- berbelanja melebihi pendapatan
- barangan telah rosak atau tidak boleh digunakan tetapi bayaran ansuran masih belum lunas  dan terpaksa meneruskan pembayaran.